Search This Blog

RPH



CONTOH  PELAN PENGAJARAN (RPH)

Mata pelajaran            : Bahasa Malaysia
Kelas                           : Tahun 1 Cemerlang
Tarikh                          :  01 Nov 2012 (Khamis)
Masa                           : 9.00- 9..30 pagi
Tema                           : Haiwan
Tajuk                           : menyusun perkataan menjadi ayat.
Hasil pembelajaran     : Murid dapat menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.
Objektif pengajaran    : Murid dapat:
1.    Membaca perkataan dan menyatakan maksudnya dengan betul.
2.    Menulis dan membaca 8 ayat  yang telah dibina dengan betul.
Kemahiran bahasa      : mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Sistem bahasa            :  Tanda baca
KBT                             :  kemahiran berfikir, menjana idea
Nilai                             : bekerjasama dan tolong menolong

Pengetahuan sedia ada          :  murid-murid telah mengetahui tanda baca
        dan penggunaannya dalam ayat.
Bahan bantu mengajar           :  kad perkataan, lembaran kerja, kad gambar.




Langkah
Isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru
nota
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set induksi
(3 minit)

Soal-jawab tentang katak.

Guru membuat teka-teki gambar yang hendak ditunjukkan.

Guru tunjukkan gambar.
Murid diminta untuk menunjukkan bunyi katak dan cara katak bergerak



Murid menjawab teka-teki guru.

murid memerhatikan gambar yang dipaparkan.

Murid menunjuk cara bunyi katak dan cara katak  melompat.

Gambar seekor katak puru.

Langkah 1
( 5 minit)
Jenis katak dan warna.
Makanan katak.
Cara pergerakan katak.
Guru bersoal-jawab tentang kehidupan katak dengan murid.


Murid menjawab soalan-soalan guru.
Gambar katak puru.
Langkah 2
(5 minit)
Menyusun perkataan-perkataan menjadi ayat yang betul.

8 ayat tentang katak puru.
Guru menyusun kad-kad perkataan di papan putih.

Guru meminta murid mencari pasangan untuk menjalankan aktiviti.

Guru mengedarkan kad lalu meminta murid secara berpasangan untuk menyusun perkataan-perkataan dalam kad tersebut  menjadi ayat yang betul.

Murid mencari pasangan masing-masing.

Murid  menyusun perkataan menjadi ayat yang betul bersama-sama pasangan masing-masing.
Kad perkataan
Langkah3
( 10 minit)
8 ayat tentang katak puru.
Guru meminta wakil setiap pasangan ke hadapan kelas untuk menunjukkan hasil jawapan  di papan putih.

Guru membantu murid menampal kad di papan putih.

Guru meminta murid membaca ayat-ayat yang telah dibina.

Murid menyusun perkataan di papan putih menjadi ayat yang betul.

Murid membaca ayat yang telah dibina.
Kad perkataan.

Langkah 4
( 5 minit)

Lembaran kerja tentang menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.


Guru mengedarkan lembaran kerja.



Guru meminta murid menjawab soalan yang yang yang terdapat dalam lembaran tersebut.


Murid menjawab soalan yang dikemukakan.

Lembaran kerja.

Penutup
(2 minit)

8 ayat di papan putih.

Guru meminta murid membaca ayat-ayat yang telah dibina di papan putih.

Guru menerangkan semula isi pelajaran.


Murid membaca  ayat yang ditunjukkan oleh guru.

Murid menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.



2 comments:

  1. RPH yang bagus. Boleh membantu para guru menyediakan RPH terutama kepada guru pelatih.

    ReplyDelete
  2. Bagus. Boleh dijadikan panduan untuk menulis RPH.

    ReplyDelete