Search This Blog

Peribahasa

INFO PERIBAHASA

a. Peribahasa ialah satu contoh bahasa kiasan yang telah mantap bentuknya.

b. Peribahasa terdiri daripada simpulan bahasa, pepatah, perumpamaan, dan bidalan.

c. Simpulan bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua buah perkataan yang
   mengandungi maksud tersirat.

d. Pepatah atau perbilangan ialah ungkapan yang berasal usul daripada pusaka atau warisan.
    Maksudnya tidak berubah. Pepatah berfungsi sebagai memberi pedoman atau pengajaran kepada
    masyarakat.

e. Bidalan juga mempunyai fungsi yang sama dengan pepatah iaitu untuk memberi pengajaran
    kepada masyarakat.

f. Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana perumpamaan didahului dengan
   perkataan-perkataan seperti ibarat,bak, bagai,dan seperti.


 i) Contoh Perumpamaan
 
1.Bagai kacang lupakan kulit
   orang yang tidak mengenang budi.

2. Bagai mencurah air ke daun keladi
    nasihat yang tidak diendahkan.

3. Bagai isi dengan kuku
    persahabatan yang erat

4. Bagai cacing kepanasan
    orang yang galisah

5. Bagai anjing dengan bayang-bayang
    orang yang tamak

6.Seperti isi dengan kuku
   persahabatan yang sangat akrab

7. Bagai anjing dengan kucing
    orang yang suka bergaduh.

8. Seperti mencurah air ke daun keladi
    nasihat yang tidak diendahkan

9. Panjang tangan
    orang yang suka mencuri

10. Anak emas
     anak yang disayangi



11. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
    
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

12.Darah daging
   
Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

13. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
   
Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

14. meninggi diri     Maksud : Sombong

15. bermuka dua     Maksud : Tidak jujur.

16 baik hati
   
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

17. tulang belakang
   
Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

18. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
   
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

19. bagai kaca terhempas ke batu
   
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

20. melentur buluh biarlah dari rebungnya
   
Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

21. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
   
Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

22. seperti lembu dicucuk hidung
   
Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

23. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing
   
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

24. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
    
Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

25. terang hati    Maksud : Lekas pandai.

26. rendah hati   Maksud : Tidak sombong

27. murah hati    Maksud : Pemurah.

28. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
     
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

29. Tangan kosong
     
Maksud : Hampa.
 


30. lintah darat
     
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

31. bagai aur dengan tebing
     
Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

32. anak dagang
     
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

33. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri
     
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

34. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
     
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah


35. indah khabar daripada rupa
     
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

36. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
    
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

37. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
     
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

38. kacang lupakan kulit
     
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat          
      kesenangan.

39. Ringan tulang
      orang yang rajin

40. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
     
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

41. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
     
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

42. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
    
Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

43. memerah otak
     
Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

44. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
     
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

45. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang    
      kemudian.
     
Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

46. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang
    
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

47. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
    
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

48. bak cendawan tumbuh selepas hujan
     
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

49. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
    
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

50. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
      
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

51. mencari jalan
     
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

52. biar mati anak, jangan mati adat
      
Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

53.sediakan payung sebelum hujan
     
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

54. berbesar hati
    
Maksud : Gembira.

55. anak buah
    
Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

56. tuan rumah
     
Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

57. yang lama dikelek, yang baharu didukung
    
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

58. batu penghalang
     
Maksud : Halangan

59 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan
   
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

60. bagai ikan pulang ke lubuk
     
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.




5 comments:

  1. Maklumat membantu. Bagus.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih cikgu,
    peribahasa ini sangat-2 membantu adik saya utk belajar :)

    ReplyDelete
  3. bagus menyalurkan maklumat kepada semua

    ReplyDelete
  4. sesuai digunakan untuk rujuk kan anak saye

    ReplyDelete
  5. Nota yang bagus dan perlu sentiasa ditambah dari semasa ke semasa.

    ReplyDelete